Cari Blog Ini

Ahad, 16 Oktober 2011

Pacemaker - Threshold

AMARAN : bahasa disini tidak sesuai digunakan di dalam peperiksaan     


       Threhold atau dalam bahasa mudah nya, Voltage,  amount tenaga yg digunakan oleh device utk menjana jantung. jika minimum jumlah Threshold, bermakna penggunaan device akan tahan lebih lama. Untuk threshold di bahagian Atrium, normal value adalah dibawah paras 1V, dan di Ventricle pula adalah kurang dari 1.5V.
ECG 1
    seperti yang ditunjukkan pd ECG di atas, ini adalah salah satu ECG yang menunjukkan jumlah threshold atau Voltage yg cukup untuk menjana Ventricle..... setiap kali hadirnya "pacing spike", ventricle akan contract dgn menunjukkan signal QRS, tetapi jika Voltage kurang, ia akan menyebabkan keadaan "Loss Capture" terjadi. "Loss Capture" akan berbentuk seperti "Pause", dimana keadaan ECG terhenti seketika, dan bersambung kembali. Seperti yg ditunjukan pd rajah di bawah.
ECG 2


      Ini adalah contoh "Loss Capture". lihat pada beat pertama, ada pacing spike, tetapi QRS tidak dihasilkan, tetapi pada beat kedua hingga keempat, ia kembali dan hilang semula pd beat kelima.. ini adalah contoh bagi Loss Capture. ECG yng mempunyai pacemaker mestilah sentiasa ada nya regular QRS ataupun Premature Beat, iaitu patient own heart beat... selagi mana jarak R to R wave adalah lebih dari Lower Rate Setup atau lebih dari 60bpm, bermakna pacemaker masih lagi berfungsi...
     ianya seperti menguji sensetivity, threshold juga boleh menggunakan Temperory Pacemaker utk melihat minimum Voltage utk menjana Atrium/Ventricle.....


 
       caranya sama, cuma utk menguji threshold, heart rate hendaklah di naikkan 10 - 15 beat/minit. dan mulakan dgn 5V, ECG akan berbentuk seperti ECG yg pertama. Turunkan Voltage perlahan-lahan.. dan lihat perubahan pd ECG, selagi ia menyerupai bentuk ECG pertama, bermakna masih ada capture. tetapi apabila ECG berubah kpd ECG 2, STOP...jika berhenti pada 0.7V, bermakna minimum Voltage adalah 0.8..

     jadi, sebagai setup di device, final result threshold 0.8V hendaklah di darabkan dgn 2 atau lebih... mermakna kita boleh setup 1.6V...jika di Temporary Pacemaker, kita boleh setup lebih dari 1.6V jika mahu, kerana Temporary Pacemaker menggunakan bateri AA yg murah dan mudah ditukar. tetapi jika Permenant Pacemaker, 1.6V @ 2.0V sudah memadai.
 
    cuba jimatkan penggunaan voltage tetapi jgn sampai membahayakan nyawa pesakit.

Pacemaker - Sensetivity

 AMARAN : bahasa disini tidak sesuai digunakan di dalam peperiksaan

  Sensetivity di dalam pacamaker merujuk kepada saiz wave. Jika saiz wave lebih daripada kadar sensetivity / "pagar", bermakna tahap detection pacamaker adalah baik.


 jika menggunakan "Temporary Pacamaker", cara untuk menguji sensetivity adalah dengan merendahkan setup Heart Rate kurang 10 - 15 beat, dan menaik kan kadar sensetivity @ ketinggian pagar bermula dari 5mV sehingga 20mV, jika sensetivity berada di paras 20mV dan pacamaker masih lagi tidak paced, bermakna saiz wave adalah bagus. Tetap jika pada aras 10mV pacemaker telah bertindak untuk paced, ini bermakna, kadar sensetivity adalah bawah daripada 10mV...

bentuk Temporary Pacemaker, utk tgk yg real, bk Google.Com


 sebagai contoh, seorang pesakit yg menghidap penyakit Complete Heart Block menggunakan Temporary Pacemaker,  mepunyai kadar heart rate 60beat dalam masa seminit... untuk menguji kadar sensetivity saiz wave, kurangkan heart rate di Temporary Pacemaker (spt diatas) kepada 45 - 50 beat / minit... kemudian naikan kadar sensetivity daripada 3mV kpd 20mV, naik kan perlahan2 dan lihat perubahan ECG, jika ECG masihdalam keadaan tidak paced apabila maximum 20mV, bermakna saiz wave adalah tinggi.... 
    jadi, sebagai setup di device, final result utk sensetivity di bahagi kpd 2 atau 3, bermakna kita boleh set kan sensetivity pesakit diantara 6mV hingga 10mV.... konsep yg sama juga digunakan dalam setup Permenant Pacemaker...

jika 15mV , maka 15/3 @ 15/2 = 5mV hingga 7mV.....

Pacemaker - Brady Parameter

 AMARAN : bahasa disini tidak sesuai digunakan di dalam peperiksaan    

  Brady Parameter ataupun nama ringkas nya, "value yang diperlukan utk setup pacemaker" diperlukan agar generator pacemaker berfungsi. selain itu, dgn nilai yg betul, kita dapat menjimatkan penggunaan beteri agar boleh bertahan lama. ini kerana, kos utk sesebuah generator itu mampu utk membeli sebuah Kawasaki D-Tracker ataupun Kawasaki ER6.

  Diantara parameter yg penting seperti Impidence, Treshold, Pulse Width, Sensetivity dan juga faktor usia pesakit. Impidence bermakna rintangan eletrik dari generator menuju ke hujung lead, jika Impidence terlalu tinggi, mungkin kita boleh mengagak yg lead itu patah ataupun teralih dari kedudukan asal nya. tetapi jika terlalu rendah, kemungkinan ada berlaku kebocoran dalam sistem pengaliran eletrik ataupun lead itu patah. senang cerita, jika tidak di dalam berada dikedudukan yg betul dan tepat, Impidence akan jd terlalu tinggi ata terlalu rendah.

  Treshold pula, jumlah eletrik yg di salurkan dari generator. semakin kecil jumlah treshold, bermakna kedudukan hujung lead berada ditempat yg betul dan bateri akan tahan lama. tetapi jika Treshold tinggi dan eletrical impulse masih belum mampu utk mengaktifkan jantung, bermakna lead berada ditempat yg salah ataupun tercabut dari kedudukan nya ataupun hujung lead tidak bersentuhan dgn endocardium, iaitu tmpt hujung lead di skru.

  Pulse Width pula merujuk kepada tempoh treshold diberi. kebiasaan nya, ia akan diberi bawah 1.0ms, contact yg xbgus juga akan menyebabkan Pulse Width meningkat, ini boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang kepada jantung, seperti Heart Failure / Lemah Jantung.


  Sensetivity pula merujuk kpd keupayaan device dalam mengesan P dan R wave, jika wave itu lebih tinggi dari kadar sensetivity, bermakna device boleh membezakan 'noise' ataupun signal yg sebenar. ini kerana, jika saiz P wave tinggi, dan jika berlaku keadaan dimana SA Node tetiba stop, P wave tidak akan muncul. jadi, device dapat mengesan yg P wave xde, walaupun ketika itu byk 'noise' atau 'artifact'. maka ketika itu juga pacemaker akan paced. tetapi jika berlaku sebalik nya, P wave signal adalah rendah, adakah device boleh membezakan diantara 'artifact' dan 'noise'. jika masih boleh membezakan, baguslah... bagaimana jika ketika itu pacemaker menganggap 'noise' sbg P wave, maka pacemaker tidak akan paced, ketika itulah effect akan terjadi kepada pesakit... ibarat jantung tetiba terhenti atau mengalami 'Pause' seketika...



Isnin, 10 Oktober 2011

Pacemaker - Code

 AMARAN : bahasa disini tidak sesuai digunakan di dalam peperiksaan



dalam pacemaker, NBG Code adlah penting untuk menerangkan kegunaan dan fungsi pacemaker. sebagai contoh, DDD, VVI, AAI, VOO dan lain2


utk basic pengenalan kepada NBGCode, ia terbahagi kepada 3 bahagian, eg : VVI,
V/V/I bermaksud Paced / Sense / Mode.... jika dilihat pada jadual diatas, VVI bermaksud, Paced di Chamber Ventricle, Sense R wave dan Mode Trigger...begitu juga AAI, DDD dan VOO, secara basic, ianya mudah utk difahami..

berbalik pula kepada Sense R wave, kenapa tidak Sense Ventricle? sense merujuk kepada ECG, P wave di hasilkan di kawasan Atrium dan R wave di hasilkan di kawasan Ventricle.. Jika AAI, ia bermakna Sense P wave. utk kolum I dan II, ia telah diterangkan secara basic, bagaimana pula dengan III, Mode of Respons?

utk yg ke III, ia membawa maksud tindakan yg dihasilkan... INHIBIT bermakna, apabila pacemaker sense the signal, maka pacemaker tidak akan paced... contoh nya apabila pacemaker sense R wave, secara automatik ventricle tidak akan di paced.. ini terjadi apabila chamber tidak memberi respons kepada signal impulse, maka pacemaker akan paced utk tambahkan kekuatan signal impulse itu..
bak kata Kak Zu, ''aku nmpak signal tu, aku berhenti ( not paced)'', kalu langgar bermakna paced.

bagi TRIGGER pula, ia berlawanan dengan INHIBIT. TRIGGER bermaksud paced apabila nampak signal sense.. jika INHIBIT, tidak paced jika nmpk signal sense, tetapi ia tidak pada TRIGGER.ia banyak digunakan di dalam Electrophysiology Study. seperti yg Kak Zu cakap, "aku nmpak (sense) je, aku langgar (paced)"..

Mode Trigger juga digunakan di dalam Pacemaker, tetapi digunakan bersama Inhibit, termasuk dalam kumpulan DUAL.... Dual biasanya digunakan di DualChamber mode, iaitu Lead pacemaker berada di dua chamber, atrium dan ventricle... DDD adalah mode utk DualChamber.. DDD menyerupai fungsi asal jantung, iaitu Atrium mesti diikuti dgn Ventricle... dalam ECG, P must follow by QRS... jadi, DUAL akan memastikan yg atrim dan ventricle synchronize / seragam, jika tidak, salah satu atau kedua2 nya akan paced...

Pacemaker - Basic

 AMARAN : bahasa disini tidak sesuai digunakan di dalam peperiksaan

    secara simple, pacamaker bermaksud bateri dalam jantung, membantu pesakit yang mengalami masalah SA node, AV node dan complete heart block's patient. biasa nya, Complete Heart Block dan SA Node disease adalah main indication utk pacemaker... SA Pause dan Bradycardia termasuk dalam kumpulan SA node disease.
 SA node Disease bermaksud atrium tidak mampu atau tidak cukup power utk menyalurkan eletrial impulse ke ventricle..... so pacemaker membantu atrium dgn menambah power stimulation kt atrium, dan akan menyebabkan ventricle contract dgn sendirinya.
 Complete Heart Block pula bermaksud, Atrium dan Ventricle contract tetapi tidak seragam, ibarat kau-kau, aku-aku, wat hal masing2.. atrium with 80-100 bpm dan ventricle 40-60 bpm... so pacemaker akan paced di atrium dan ventricle, ataupun di ventricle sahaja,,, mcm tracking / mengesan... ventricle sense je atrium punya signal, dan ventricle pn terus paced... ibarat nya, dimana ada Anja, di situ ada Vaby.... Atrium must followed by venricle, P must follow by QRS

Ahad, 9 Oktober 2011

Celcom Offer

 bermula minggu lepas sampai 23 oktober 2011, celcom offer aku rm1 utk 60minit masa berbual dan 120 sms sehari... thax a lot, tp aku br je guna rm2, itupun borak xsampai 120minit... what a waste... better offer kt orang lain la, kt mereka2 yg mempunyai komitmen.....





by the way,thx a lot..... so kpd mereka yg gne no celcom n nk aku kl dia, bgtau la... sementara offer masih ada hahahaha

Khamis, 29 September 2011

Ego

     Ego? sejauh mana ego membantu kita dalam kehidupan, perhubungan mahupun dalam memilih jalan hidup?
>
>
>
>
>>> Buntu dengan masalah perhubungan contoh nya, meminta pendapat teman2, ada yg memilih utk bersabar dan ada juga yg menjurus kepada keegoan... yang mana kah perlu kita pilih? nasihat dari teman yg alim agar melakukan solat istiharah, dari teman yg memberi sokongan mengatakan fight for your love, dan ada jugak teman yg memberi motivasi. Ada yang mengatakan, jika itu jodoh kita maka xkemana, dan ada juga yg mengatakan, jodoh itu xkan datang bergolek kalu xd usaha.....
>
>hmmmmmm
>
>>tp dalam byk2 pendapat, apakah kita memilih utk bersabar, ataupun memilih jalan mudah atau biar masa je yang menentukan ataupun biar Ego memimpin kita?
>
>>dan aku lebih suka memilih utk bersikap Ego, kerana ianya cabaran.... kerana, apabila kita berusaha tp xberhasil dan kita mmg dah tau apa hasil nya, tp masih lg mencuba, adakah ianya berbaloi?
>
>
>hmmmmmm
>
>
>>"tak malu ke terhegeh2", pada aku ianya adalah suatu cabaran, cabaran utk meneruskan perjalanan atau memilih jalan lain.... terpulang pada kita....
>
>
>>>> We need to choose our path, don't let others choose for you"<<<<<<<