Diantara parameter yg penting seperti Impidence, Treshold, Pulse Width, Sensetivity dan juga faktor usia pesakit. Impidence bermakna rintangan eletrik dari generator menuju ke hujung lead, jika Impidence terlalu tinggi, mungkin kita boleh mengagak yg lead itu patah ataupun teralih dari kedudukan asal nya. tetapi jika terlalu rendah, kemungkinan ada berlaku kebocoran dalam sistem pengaliran eletrik ataupun lead itu patah. senang cerita, jika tidak di dalam berada dikedudukan yg betul dan tepat, Impidence akan jd terlalu tinggi ata terlalu rendah.
Treshold pula, jumlah eletrik yg di salurkan dari generator. semakin kecil jumlah treshold, bermakna kedudukan hujung lead berada ditempat yg betul dan bateri akan tahan lama. tetapi jika Treshold tinggi dan eletrical impulse masih belum mampu utk mengaktifkan jantung, bermakna lead berada ditempat yg salah ataupun tercabut dari kedudukan nya ataupun hujung lead tidak bersentuhan dgn endocardium, iaitu tmpt hujung lead di skru.
Pulse Width pula merujuk kepada tempoh treshold diberi. kebiasaan nya, ia akan diberi bawah 1.0ms, contact yg xbgus juga akan menyebabkan Pulse Width meningkat, ini boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang kepada jantung, seperti Heart Failure / Lemah Jantung.
Sensetivity pula merujuk kpd keupayaan device dalam mengesan P dan R wave, jika wave itu lebih tinggi dari kadar sensetivity, bermakna device boleh membezakan 'noise' ataupun signal yg sebenar. ini kerana, jika saiz P wave tinggi, dan jika berlaku keadaan dimana SA Node tetiba stop, P wave tidak akan muncul. jadi, device dapat mengesan yg P wave xde, walaupun ketika itu byk 'noise' atau 'artifact'. maka ketika itu juga pacemaker akan paced. tetapi jika berlaku sebalik nya, P wave signal adalah rendah, adakah device boleh membezakan diantara 'artifact' dan 'noise'. jika masih boleh membezakan, baguslah... bagaimana jika ketika itu pacemaker menganggap 'noise' sbg P wave, maka pacemaker tidak akan paced, ketika itulah effect akan terjadi kepada pesakit... ibarat jantung tetiba terhenti atau mengalami 'Pause' seketika...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan