Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

Takdir dan Jodoh

 "Nk buat mcm mn, dh bkan jodoh kitorang", " dh xd jodoh, nk buat macam mana, kn," selalu dgr org cakap mcm ni bila dh putus cinta, dh clash, mase ni la blame each other, " ko la salah, suma salah ko"... masa bercinta dulu, " ayang nk apa, meh abg g beli kan," " jgn risau, abg slalu caya kt ayang " " pada abg, ayang la yg paling baik sekali," and what so ever. ni di antara ayat2 manis yg slalu kita dgr, everything perfect, no matter what she do, everything okey, orait... macam lagu Shayne Ward, No Promises


Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

Here tonight


   Sweet kn ayat dia, everything akan jd perfect kalu bersama dgn "dia".... ada yang sampai lupa kat kawan, cuz pd dia, my GF is adalah segalanya, she's my fren and she's my girl... samapi ada yg sanggup berhabis gadai kerana nk tgk girlfren yang merangkap bakal isterinya hapy slalu... tp betul kata orang, hujan xslalu nya panas ke petang, kadang2 tgh hari pun dh hujan, kalu kita standby payung, mybe xbasah..


si time ni, kita akan rasa bodoh sangat, "np aku xnmpak yg dia slama ni wat cmtu kt aku" , dan macam2 perkara negative kita pikir, kita cuma pikir dia yang salah, xterpikir pn yg kita pn ada wat salah.. dan manusia tidak lepas dari kesalahan....

bila dh bergaduh mcm tu, semua kata2 manis dan kenangan dulu, secara automatik terdelate dengan sendiri nya... kita lupa yang kita pnh cakap, " i want to make u my soul mate" and whatever it is, semua ayat dan janji2 manis tu kita lupa...



And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you


ingat lagi kan jnji ni??" And hold you right where you belong", bila di tanya, "kenapa boleh jadi cmni?, bukan ke korang dlu baik je?" dan, kita akn jawab, " nk buat macam mana, dh xd jodoh".. 

Tapi, kalu boleh cuba elakan dari terjadi nya perpisahan, kerana, perpisahan adalah perkara yg paling menyedih kan dalam hidup ni... 

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci



Rabu, 11 Mei 2011

Kita dan Cermin

 
 
I'm Gonna Make A Change,
For Once In My Life
It's Gonna Feel Real Good,
Gonna Make A Difference
Gonna Make It Right.......

Michael Jackson, sini, membawa lagu berunsur keamanan seperti Heal The World, Man In the Mirror dan We are the World, walaupun sepanjang kariernya dihujani pelbagai skandal.
               Dalam lagu Man In The Mirror, ia membawa maksd "ingin kan perubahan untuk generasi akan datang". ini adalah luahan daripada rakyat yg tidak mampu membawa dan mesej ini lebih ditujukan kepada para pemimpin.

I'm Starting With The Man In The Mirror
I'm Asking Him To Change His Ways
And No Message Could Have Been Any Clearer
If You Wanna Make The World A Better Place
Take A Look At Yourself, And Then Make A Change

Ini adalah luahan dari mereka yang melihat kesensaraan dan kesusahan tapi tidak mampu mengubahnya, kerana tanpa kuasa, kita hanya mampu melihat...


Pernah x kita dengar, " ko g beli cermin besar, pastu ko cermin muka ko dulu, cermin puas2"... rasa rasa pernah dengar x?? mcm pernah kan, kadang kadang selepas gagal mengorat awek yg bajet cun.. hahaha.. kenapa perlu cakap "cermin muka tu", kenapa xcakap "pakai baju lawa2" ke, "bawa BMW dulu " ke, tp cakap pasal cermin? Ini kerana, apa yang kita lihat di cermin, itulah KITA.. cermin tidak memaparkan wajah orang lain, tetapi wajah kita, jadi kita boleh lihat, apa kekurangan nya disitu.



  

"Bangun je tido, lihat wajah kita kt cermin, kita akn nmpk diri kita, nmpk muka kita, cakap kt diri kita, U can do it, kita mulakan hari ni dgn penuh semangat, dan aku xkan give up", ni dipetik dari motivasi mase penulis di zaman persekolahan.. dgn cara ini, kita boleh menaikan semangat diri kita, bercakap dgn diri sendiri juga boleh mengurangkan tekanan dan masalah. Dan sebelum tidur juga, " good job, esok aku akan buat lagi bagus dari hari ini".. ini di ucapkan sebelum tidur, bermakna kita memberi semangat kpd wajah di cermin, iaitu kita sendiri...

Jadi, untuk mereka yang rasa lemah, kurang daya penampilan, selalu - selalulah lihat cermin, berkata dan beri semangat pada diri sendiri, cuba sesuatu yang baru tanpa rasa takut dan jangan menyerah kalah...



~ insan yang cemerlang, datang dari akal cergas , hati yang bersih dan jiwa yang kuat ~

adakah manusia seperti lalang



Lalang Grass Rhizome adalah salah satu herba yg digunakan oleh masyarakat china dalam memberhentikan pendarahan dan mengurangkan demam. Tetapi, ia lebih dikenali sebagai ubat batuk dan kahak.. emm macam ubat Batuk cap Ibu dan Anak kot...link dan link
Lalang yang biasa kita lihat di Malaysia pula adalah sejenis tumbuhan yg hidup membiak, ia juga boleh dianggap sebagai rumpai..link Jadi, persoalan nya, adakah manusia boleh disamakan seperti lalang kerana tidak tetap pendirian, dengan erti kata lain, mudah terpengaruh dan senang berubah sikap??>


"mase dulu ko xcamni, kenapa sekarang ko buat bnda ni haa??", ayat yang agak biasa digunakan oleh sesiapa sahaja yang dalam perhubungan, tidak kira kekasih, ataupun pasangan suami isteri..apa yang dimaksud kan dengan "dulu" dan "sekarang" ? ini mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira orang baik atau tidak, kerana org yg jahat, komfem jita xkan suka,, tetapi bagaimana dengan orang baik?? bukan semua selesa dgn kebaikan yg kita buat, buat baik xbermakna semua akan pandang positif, ada pihak memandang negatif terhadap kebaikan yg kita telah lakukan. jadi terpulang la kepada individu untuk menilai.



"Dulu" bermakna sebelum dan semasa perhubungan, bak kata orang tua2, waktu ni semua nya baik, wangi, dan sempurna,, setiap perkara boleh bertolak ansur..waktu ni sebenarnya perlu digunakan untuk mengenali pasangan, kerana waktu ni pasangan belum terlambat untuk menarik diri.. yela, kerana jika ada apa apa yg tidak boleh serasi, cuba serasikan,, jika tidak boleh juga, lupakan sahaja perhubungan tu...
"Sekarang" pula merujuk kepada keadaan sekarang, terkini dan lebih tepat lagi ketika pasangan dilanda masalah.. menjadi lumrah manusia, sikap yg buruk dan kelemahan akan kelihatan ketika dilanda musibah, itu memang menjadi lumrah, jadi nak tak nak, mereka kena perbaiki kelemahan tu, dan tidak seperti dulu, mereka boleh tarik diri, ketika ini, pasangan mestilah mengharungi segala musibah bersama walaupun pelbagai halangan mendatang. Ibarat kapal yg hilang Nakhoda, maka anak buah mestilah menjadi Nakhoda nya. tidak boleh untuk megalah dan memberhentika pelayaran.






Jadi, bercinta sebelum kahwin VS bercinta selepas kahwin, yang mana akan menang? terpulang kepada pasangan itu sendiri, terpulang pada niat, kerana setiap perbuatan bermula dengan niat. jika masa bercinta mereka hanya berseronok dan tidak memandang jauh kehadapan, ibarat belayar dengan kapal yg tidak diselenggara, kelancaran pelayaran terganggu. Oleh itu, gunalah peluang bercinta ni dgn cara yang betul, kenali pasangan, kerana perkahwinan ini adalah perkara yang mengambil masa yang lama untuk tamat, mengambil masa sekurang kurangnya 40 tahun, bukan seperti belajar Diploma In Nursing, yang hanya tempoh nya cuma 3 tahun. 

Secara tuntasnya, ia terpulang pada niat masing masing, bagaimana mereka mencorakkan cara kebahagiaan mereka, yang penting niat tu betul, tidak menyimpang dari landasan. Seperti kata seorang alim ulama, " Jika kamu berkahwin kerana ALLAH dan ISLAM, maka ALLAH akan membantu kamu". Perbetulkan niat sementara sempat.

Mari kita menilai diri kita, dimana salah dan silap nya, kerana manusia ini tidak boleh lari dari kesalahan, jika ada silap nya, mari kita berubah kearah kebaikan. kerana orang yang ingin berubah, jalan terbuka luas untuknya, samada nampak atau tidak, terpulang pada individu itu sendiri.... 

Isnin, 9 Mei 2011

Bola dan Peminat



bola sepak dan peminat adalah satu perkara yg tidak boleh dipisahkn... dan juga perkara lain yg wajib disertakn bersama.. contoh nya, bola sepak tanpa peminat adalah satu perkara yg membosan kan, begitu juga kedai mamak dan screen besar.. kedai mamak tanpa screen besar adalah satu kekurangan yg pelu di isi.. mengapa?? kerana peminat yg menonton bola, tidak kira Barclay Premier League, La Liga, Piala Dunia, mahupun Liga Super Malaysia, mereka tetap memilih kedai mamak sebagai destinasi.. Mereka tidak melepak di Starbuck ataupun McDonald, walaupun disana juga ada menayangkan siaran langsung bola sepak, tp mereka lebih gemar memilih kedai mamak..







Fanatik terhadap bola sepak>> adakah ini kebaikan atau keburukan pada industri bola sepak? ada pendapat mengatakan, punca bola sepak eropah membangun kerana sikap fanatik yg ada pada diri setiap penyokong, kerana mereka menganggap bola sepak ini adalah suatu peperangan untuk menaikkan maruah sesebuah negara tanpa mengangkat senjata,, betul ke? 
Di Malaysia, semangat fanatik bola sepak hanya ikut musim, contoh nya, pasukan negeri mereka menempah tiket ke Perlawanan Akhir, dan baru lah ketika itu penonton berpusu pusu membanjiri stadium.. ataupun, Pasukan Malaysia berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Asia, ketika itu, ramai lah rakyat Malaysia yg bangga memakai jersey kebangsaan.. cuba kita lihat 6 7 taun yg lepas,, dengan prestasi pasukan bola yg merudum, kita agak segan untuk menyokong pasukan kebangsaan, dalam hati berkata, " takyah tgk la, dh tau, kompem kalah pnya la Malaysia malam ni".. itu adalah mindset peminat yg hampa dengan persembahan pasukan negara, mereka lebih gemar memakai jersey Manchester United, Chelsea ataupun Arsenal berbanding jersey skuad negara.. mengapa ini terjadi?? adakah rakyat malaysia menyokong ketika menang, tidak ketika kalah??










kita lihat di liga Perdana Inggeris, walaupun pasukan Norwich City, Derby Country atau mana2 kelab divisyen Dua England, mereka tetap mempunyai peminat yg sejati, walaupun pasukan mereka di tangga tercorot liga, walaupun cuma perlawanan biasa, tetapi, mereka tetap mengikuti perlawanan tersebut.. semangat ini perlu ada dalam industri bola sepak malaysia... Cuma yg kita tidak mahu lihat dalam industri bola malaysia, sikap panas baran penonton atau Hooligon yg di cetuskan ketika menonton perlawanan bola sepak lihat 

itu adalah kelemahan yg ketara mengapa industri bola malaysia tidak setanding dgn eropah... jadi, apa yang kita patut ubah hanya lah sikap ganas dan hooligon ketika menonton.. yang lain, patut di kekal kan, seperti semangat sorakan GGOOOLLLLLLLLLLL, walaupun hanya menonton di kedai mamak..



 anyway, Congratulation to Manchester United dan peminat kerana Man Utd sekali lagi jadi Juara Barclay Premier League... To others team, especially Arsenal, next season boleh cuba lagi...

Tak menang xpe, janji semangat berjuang tetap ada, tu yang perlu ada bg sesebuah pasukan dan para peminat, teruskan menyokong Bola Sepak Malaysia

GLORY GLORY MAN UINITED

Ahad, 8 Mei 2011

Orang Gila dan Orang Mabuk


7th May 2011 @ 11.30 pm


orang gila @ org x siuman, biasa nya kita lihat mereka ni cuma berada di dunia mereka, jrg kita lihat mereka ni menggangu org len,, kalu gngu, alamt nya, ke TAMPOI la mereka... orang mabuk ni, adalah orang yg mengambil alkohol sehingga hilang kesedaran.. ummm... MABUK>>pe rasa mabuk ni?? spt kene injection Pethedine 75mg. atau Antanox Gas, ataupn seperti pertama kali menghisap syisya,, pening sgt2... tu ke MABUK>>


 
Gambar Hiasan

Hari ini, 7th May 2011, pkul 22.45 hour, aku ddk dihadapan Maybank Bukit Bintang, melihat gelagat orang yang lalu lalang di situ, ada yang bermain gitar, ada yg mempamerkan aksi2 yg agak menarik untuk ditonton, ada juga pelukis yg sedang melukis potret disitu, tp mata ku terpaku pada seorang yg boleh di anggap kurang siuman.... sedang menyepak2 penutup botol ke arah jalan raya, tujuan nya agar kawasan dataran tu kemas... dalam hati ku, "kalu selipar ko melambung kne aku, kt sini jgk aku tunjal ko ".. << itu perihal orang yg kurang siuman>>
ini puha kisah si mabuk,,>> datang kearah orang gila itu smbil dipapah rakan nya... Ehh,, xkn dh mabuk?? baru pkul 11.45 malam, awal lagi ni.. tp apa nk dikata, mabuk tetap mabuk, xkira la bila waktu nya.. orang lain hanya melihat sahaja adegan si mabuk yg tidak sedar kan diri,terbaring di tangga monorel sambil diperhatikan oleh mereka yang lalu lalang, "ahh, org mabuk, buat apa dilayan, biar kan sahaja".. tetapi tidak bg si gila ini, diambil air kosing kepunyaan nya, di lap kn muka si mabuk itu, segar kan si mabuk itu... dr tidak bermaya, akhir nya si mabuk ini pn sedar, dan di ambil air minuman nya lalu diberi kan kepada si mabuk itu.. ohh, adakah dia betul2 org gila?? sedang kan mereka yg waras buat x tahu sahaja, ni kan pulak org gila....
<<< jadi apa persamaan dan perbezaan org mabuk dan org gila ni>>> persamaan nya, mereka tidak boleh berfikir dengan waras, perbezaan nya?? hmmm

*p/s : antara mereka, yg mana lebih mulia??