Lalang Grass Rhizome adalah salah satu herba yg digunakan oleh masyarakat china dalam memberhentikan pendarahan dan mengurangkan demam. Tetapi, ia lebih dikenali sebagai ubat batuk dan kahak.. emm macam ubat Batuk cap Ibu dan Anak kot...link dan link
Lalang yang biasa kita lihat di Malaysia pula adalah sejenis tumbuhan yg hidup membiak, ia juga boleh dianggap sebagai rumpai..link Jadi, persoalan nya, adakah manusia boleh disamakan seperti lalang kerana tidak tetap pendirian, dengan erti kata lain, mudah terpengaruh dan senang berubah sikap??>
![]() |
"mase dulu ko xcamni, kenapa sekarang ko buat bnda ni haa??", ayat yang agak biasa digunakan oleh sesiapa sahaja yang dalam perhubungan, tidak kira kekasih, ataupun pasangan suami isteri..apa yang dimaksud kan dengan "dulu" dan "sekarang" ? ini mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira orang baik atau tidak, kerana org yg jahat, komfem jita xkan suka,, tetapi bagaimana dengan orang baik?? bukan semua selesa dgn kebaikan yg kita buat, buat baik xbermakna semua akan pandang positif, ada pihak memandang negatif terhadap kebaikan yg kita telah lakukan. jadi terpulang la kepada individu untuk menilai.
"Dulu" bermakna sebelum dan semasa perhubungan, bak kata orang tua2, waktu ni semua nya baik, wangi, dan sempurna,, setiap perkara boleh bertolak ansur..waktu ni sebenarnya perlu digunakan untuk mengenali pasangan, kerana waktu ni pasangan belum terlambat untuk menarik diri.. yela, kerana jika ada apa apa yg tidak boleh serasi, cuba serasikan,, jika tidak boleh juga, lupakan sahaja perhubungan tu...
"Sekarang" pula merujuk kepada keadaan sekarang, terkini dan lebih tepat lagi ketika pasangan dilanda masalah.. menjadi lumrah manusia, sikap yg buruk dan kelemahan akan kelihatan ketika dilanda musibah, itu memang menjadi lumrah, jadi nak tak nak, mereka kena perbaiki kelemahan tu, dan tidak seperti dulu, mereka boleh tarik diri, ketika ini, pasangan mestilah mengharungi segala musibah bersama walaupun pelbagai halangan mendatang. Ibarat kapal yg hilang Nakhoda, maka anak buah mestilah menjadi Nakhoda nya. tidak boleh untuk megalah dan memberhentika pelayaran.
![]() |
Jadi, bercinta sebelum kahwin VS bercinta selepas kahwin, yang mana akan menang? terpulang kepada pasangan itu sendiri, terpulang pada niat, kerana setiap perbuatan bermula dengan niat. jika masa bercinta mereka hanya berseronok dan tidak memandang jauh kehadapan, ibarat belayar dengan kapal yg tidak diselenggara, kelancaran pelayaran terganggu. Oleh itu, gunalah peluang bercinta ni dgn cara yang betul, kenali pasangan, kerana perkahwinan ini adalah perkara yang mengambil masa yang lama untuk tamat, mengambil masa sekurang kurangnya 40 tahun, bukan seperti belajar Diploma In Nursing, yang hanya tempoh nya cuma 3 tahun.
Secara tuntasnya, ia terpulang pada niat masing masing, bagaimana mereka mencorakkan cara kebahagiaan mereka, yang penting niat tu betul, tidak menyimpang dari landasan. Seperti kata seorang alim ulama, " Jika kamu berkahwin kerana ALLAH dan ISLAM, maka ALLAH akan membantu kamu". Perbetulkan niat sementara sempat.
Mari kita menilai diri kita, dimana salah dan silap nya, kerana manusia ini tidak boleh lari dari kesalahan, jika ada silap nya, mari kita berubah kearah kebaikan. kerana orang yang ingin berubah, jalan terbuka luas untuknya, samada nampak atau tidak, terpulang pada individu itu sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan