Cari Blog Ini

Isnin, 9 Mei 2011

Bola dan Peminat



bola sepak dan peminat adalah satu perkara yg tidak boleh dipisahkn... dan juga perkara lain yg wajib disertakn bersama.. contoh nya, bola sepak tanpa peminat adalah satu perkara yg membosan kan, begitu juga kedai mamak dan screen besar.. kedai mamak tanpa screen besar adalah satu kekurangan yg pelu di isi.. mengapa?? kerana peminat yg menonton bola, tidak kira Barclay Premier League, La Liga, Piala Dunia, mahupun Liga Super Malaysia, mereka tetap memilih kedai mamak sebagai destinasi.. Mereka tidak melepak di Starbuck ataupun McDonald, walaupun disana juga ada menayangkan siaran langsung bola sepak, tp mereka lebih gemar memilih kedai mamak..







Fanatik terhadap bola sepak>> adakah ini kebaikan atau keburukan pada industri bola sepak? ada pendapat mengatakan, punca bola sepak eropah membangun kerana sikap fanatik yg ada pada diri setiap penyokong, kerana mereka menganggap bola sepak ini adalah suatu peperangan untuk menaikkan maruah sesebuah negara tanpa mengangkat senjata,, betul ke? 
Di Malaysia, semangat fanatik bola sepak hanya ikut musim, contoh nya, pasukan negeri mereka menempah tiket ke Perlawanan Akhir, dan baru lah ketika itu penonton berpusu pusu membanjiri stadium.. ataupun, Pasukan Malaysia berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala Asia, ketika itu, ramai lah rakyat Malaysia yg bangga memakai jersey kebangsaan.. cuba kita lihat 6 7 taun yg lepas,, dengan prestasi pasukan bola yg merudum, kita agak segan untuk menyokong pasukan kebangsaan, dalam hati berkata, " takyah tgk la, dh tau, kompem kalah pnya la Malaysia malam ni".. itu adalah mindset peminat yg hampa dengan persembahan pasukan negara, mereka lebih gemar memakai jersey Manchester United, Chelsea ataupun Arsenal berbanding jersey skuad negara.. mengapa ini terjadi?? adakah rakyat malaysia menyokong ketika menang, tidak ketika kalah??










kita lihat di liga Perdana Inggeris, walaupun pasukan Norwich City, Derby Country atau mana2 kelab divisyen Dua England, mereka tetap mempunyai peminat yg sejati, walaupun pasukan mereka di tangga tercorot liga, walaupun cuma perlawanan biasa, tetapi, mereka tetap mengikuti perlawanan tersebut.. semangat ini perlu ada dalam industri bola sepak malaysia... Cuma yg kita tidak mahu lihat dalam industri bola malaysia, sikap panas baran penonton atau Hooligon yg di cetuskan ketika menonton perlawanan bola sepak lihat 

itu adalah kelemahan yg ketara mengapa industri bola malaysia tidak setanding dgn eropah... jadi, apa yang kita patut ubah hanya lah sikap ganas dan hooligon ketika menonton.. yang lain, patut di kekal kan, seperti semangat sorakan GGOOOLLLLLLLLLLL, walaupun hanya menonton di kedai mamak..



 anyway, Congratulation to Manchester United dan peminat kerana Man Utd sekali lagi jadi Juara Barclay Premier League... To others team, especially Arsenal, next season boleh cuba lagi...

Tak menang xpe, janji semangat berjuang tetap ada, tu yang perlu ada bg sesebuah pasukan dan para peminat, teruskan menyokong Bola Sepak Malaysia

GLORY GLORY MAN UINITED

Tiada ulasan:

Catat Ulasan