Cari Blog Ini

Sabtu, 23 Julai 2011

Mulut Kau

        "suka ati aku la nk wat apa pn, apa ko kesah?", " aku xmntak sesen pn duit ko", " ko banyak bunyi np, xsuka, lu blah r"...

           sesetengah org amat mementingkan komen dari orang lain, ibarat kritikan mereka boleh menjatuhkan prestasi dan mood seseorang.. mulut orang mmg cm2, pemikiran lain2, nk buat macam mana, xbermakna bila idea lg bgs, bermakna kita kene ikut.


            kalu aku ckp, hang jebat tu wira, hang tuah tu dayus, tu idea aku, aku ada reason.... xbermakna aku kene ikut apa org cakap.. buat apa kita nk kisah kn apa yg org ckp, kdg2 dia ckp, sbb dia jeles, 2 je.. dia xdpt mcm mn yg kita dpt.. so tu slh satu rs x puas ati..

            dan kalu xsuka, sila brambus, aku xkisah pn... jika kita sntiasa mengharap kan bantuan org lain, kita xkan maju, dan jika kita x lakukan kesalahan, kita xkan tau dan xkan rs akibat nya.. kesan tu akn memberi pengajaran kt kita....

            ~~ seluas2 mulut tempayan, kita still boleh tutup, tetapi, sekecil2 mulut manusia, suture sekalipun, ttp boleh berbunyi~~

Ahad, 17 Julai 2011

Aku Minat Ke?

 " amir, ko minat ke join team EP?".... minat? penting ke minat dalam buat sesuatu? adakah minat ni akan mempengaruhi prestasi kerja kita?? any better idea...

    aku join nurse, minat ke aku? tp abs gak 3 taun course... aku kerja kt ane SMC selama setahun, minat ke aku ngn kerja tu? aku smbung blaja CVT, course tu amik masa setahun lg, minat ke aku ngn kerja tu? CVT tu apa? aku xpnh tau pn ada kerja nm CVT? so latest EP,, EP tu bnda apa lak? best ke? np semua x minat? xminat sbb susah atau xminat sbb takut?

     sebenarnya aku xperlukan minat untuk buat sesuatu, apa yg aku perlukan, mood. yg lain aku xkisah sgt... masa join nurse dulu pn, " laki jd nurse? ko ni aww ke apa amir?" ada aku kesah, 1st come 1st serve. mmg la pelik kalu lai jd nurse, yela, nurse, u know... laki lak u... how im survive? mood.. masa tu mood aku ok... ibarat perempuan tanpa datang bulan, sentiasa enjoy.. im pass and survive...

     setahun jd nurse kt ane, sm jgk, perlukah aku tunjuk kan minat sblm aku kerja? xperlu.... kerja je la... kumpul skill... ibarat pejam mata pn dh leh insert branula.. cukup bulan, amik gaji... xperlu minat pn... then aku dpt peluang smbung blaja, still the same... aku minat ke course CVT tu?

      minat tu xpenting, sbb minat ni leh dtg kemudian... brapa rmai org kt malaysia ni bekerja sbb minat? dan brapa rmai yg xkerja sbb dia xdpt kerja yg dia minat?? 50%... tu pn kalu ada... ko minat IT, blaja IT smpai degree, tp xd kerja utk bdk IT, kalu ada pn maintanence.... so, nk ke bdk IT kerja maintainence? kalu yg xmemilih, xd hal.. kalu memilih? ssh la hidup...

     "life its easy when you follow the flow, but it would be difficult it u try to hold tail of snake"

Sabtu, 16 Julai 2011

Do I Need More Money??

     kadang2 kita tertanya2 knp ada org sggup menjadi balaci kerana kuasa? adakah pnting sgt kuasa tu smpai sggup jadi balaci? dan adakah perlu jd kebanggaan jika berkuasa dgn cara mcm tu?

    i want to create a simple life, not working too hard and not rest too much.. being a simple life its not easy, sbb orang akn query dgn kita....

    terlalu byk duit menjadi masalah dan xd duit pn masalah... jika duit terlalu byk, maka byk la soal nya di akhirat nnt, "dari mana kamu dpt", "kemana kamu belanja kan", " adakah aku keluarkan zakat dr hasil2 tu", dan byk lg.. tp jika xd duit, nk mkn x boleh, nk byr yuran skolah anak x boleh, nk isi minyak moto pn xmampu....

    pernah kah kita jumpa org yg lagi ssh dari kita? gaji lebih rendah dari kita? sedangkan kita rs yg kita ni pn dh ckup ssh, bagaimana pula mereka? kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg... OMG...tp selagi kita ni manusia, hamba kpd Tuhan, kita ttp kene bersyukur, sbb ni just dugaan, nk tgk sejauh mana bersyukur nya kita..

   Bumi kita ni cukup bertuah, xd satu pokok pn yg xboleh tumbuh kt Malaysia. semua boleh... hasil dalam bumi pula, semua nya ada, gali sikit, jmp emas, bijih.... korek seket, jump minyak, gas dll... dgn semua kurniaan Tuhan ni, adakah kita masih lagi bersukur? adakah kita lupa pada Nya?


~~~~Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya ~~~~

Khamis, 14 Julai 2011

Kenapa Hang Tuah??

 sejarah melayu membuktikan bhawa bangsa melayu ni adalah bgsa yg taat kpd raja. sepertimana yg kita lihat dalam lagenda Hang Tuah 5 bersaudara.ketaatan hang tuah mmg tiada tolak banding nya jika di bandingkan dgn sesiapa sahaja...

peristiwa di mana hang tuah telah difitnah dan dihukum bunuh oleh baginda merupakan impak yg sgt besar bg saudara2 nya, spt Jebat, kasturi, Lekir, dan Lekiu... maka terjadilah episod berdarah di bumi Melaka apabila Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah


Tapi dgn tidak semena2, Hang Tuah muncul, dtg dari dunia "Akhirat", membela Raja yg telah menghukum nya tanpa soal bicara, dan bertindak menghukum si penderhaka Jebat.... adakah Jebat derhaka? adakah kerana menuntut bela atas kematian saudara nya dia di 'cop' kan sbg penderhaka? kenapa semua penulis menganggap nya sbg derhaka sdg kan dia membela org yg teranaiya.

Adakah benar Jebat tu derhaka? atau seorang wira? jika kita bertanya kan pendapat mereka yg berumur 60an, atau mereka yg hidup di zaman tv hitam putih, mereka akn kata, Jebat tu derhaka kpd raja dan Tuah adalah wira kerana membela raja.. Tapi bagaimana pula jawapan yg kita terima jika tny kpd mereka yg berumur 20an atau mereka yg mula bermain PS3 di  TV HD.. adakah jawapan nya sama? adakah mereka juga menganggap Hang Tuah ni wira?

***** tidak bermakna semua yg tertulis dalam kitab2 dan tulisan2 lama tu betul, ada baik kita mengkaji****
~~~tapi kitab lama yg kita wajib percaya adalah Kalamullah dan Rasullullah ~~~

Rabu, 13 Julai 2011

KENAPA ADANYA PERPISAHAN - Ed-Word

True love is like a ghost,
which everyone talk about,
and a few have seen.

Bercerai or Berpisah, Ini lah saat yang paling pedih dan perit untuk kite tempuhi.. sebenarye banyak lagi perasaan yang kite akan tempuh sepanjang kehidupan di bumi nyata ini.. Di saat kite gumbira, kite x pernah pun telintas untuk diluka kan.. adakah kite sedar bahawa satu hari nanti segala kebahagian kite tu mungkin akan dirampas sekelip mata.. hari ini kite gembira, tapi esok luse sapekan tau.. berbalik pada topik kiter iaitu perpisahan.

Perpisahan bukan lah asing bagi sesiapa sahaja.. ia bole melibat kan kite sesama rakan, family, teman istimewa, mahu pun sesuatu perkahwinan. saya pasti anda sume pernah lalui nye. pasti ia memberi impak yang besar dalam diri anda, tapi apa kan daya sume itu telah tertulis didalam diary kehidupan kite. Kalo kite tau pengakhiran sesuatu kisah itu, buat apa kite mengambil risiko untuk memulakannya. sume ini berlaku tanpa diduga. Bagi aku, perpisahan ini banyak mengajar aku tentang banyak perkara, xda apa yang dalam dunia ini bole menjadi milik kite kekal hingga akhir hayat. sungupun kasih dan sayang kite bagi kan padanya seperti langit yang luas yang tiada tiang.


Aku percaya setiap kite ada care tersendiri untuk mengawal perasaan dari terus bersedih, hidup mesti kite terus kan, walau macam mane sekali pon.. banyak orang memberi pendapat, kite berundur bukan disebab kan kite kalah, bagi aku, sesuatu perpisahan tu biar la ia berakhir dengan sesuatu yang aman dan tiada perasaan benci atau marah sesama pasangan. sungguhpun perasaan sayang itu tak kan luput, tetapi demi kebahagiaan salah seorang haruslah berkorban untuk melihat pasagan nya gumbira.. insyallah kebahagian itu akan same2 kite kecapi..

tetapi ingat WAHAI SAHABATKU!! jangan sesekali kite melawan takdir, apa yang terjadi itu sudah termaktub dan tiada sape yang bole mengahalang dari ia berlaku. aku pernah melawan takdir, akhirnya aku sendiri kecundang. bg aku luahan hati yang aku smpai kan ini bukan untuk memberi tahu umum kisah ku, tetapi aku percaya ramai diluar sana akan, or maybe pernah melalui peristiwa begini.. in future kalo kite diberi peluang sekali lagi, gune kan la ia dengan sebaik munkin..

Isnin, 11 Julai 2011

When We Stand Together

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know 


       Apabila kita berdiri di sebelah orang kenamaan, orang popular, kaya, hensem, comel, dan segala kesempunaan sifat, kita akan rasa yg kita ni lemah sgt, terlalu rendah rasa nya jika kita nk bandingkan diri kita dgn mereka... just imagine, berdiri bersama YDP Agong, kita akan rs yg dia terlalu hebat, dan smpai bila2 kita xkan smpai ke tahap diorang.. tp penah ke kita rs apabila berdiri bersama OKU? 
       Bersama dgn orang yg lebih lemah dari kita akan membuatkan kita rs bersyukur, insaf akan datang dgn sendiri nya jika kita bandingkan diri kita dgn mereka, alangkah beruntung nya kita kerana di lahirkan sempurna...
bukan sahaja dilahirkan sempurna, malah perbelanjaan makan minum, sekolah, pakaian dan segala kemudahan tersedia, kita xperlu risaukan apa2.. apa yg kita cuma perlu buat, hanya lah belajar rajin2... capai cita2...
      Tapi bagaimana bg mereka yg ssh dan kurang upaya? amat sukar bagi mereka untuk meneruskan kehidupan dan memikirkan masa hadapan. mereka hanya memikirkan apa yg terjadi sekarang dan apa yg akan terjadi sekejap lg... mereka xmampu utk berfikir jauh, yela, kalu OKU itu x boleh berjalan, secara automatik peluang pekerjaan mereka terhad. spt org bisu, mustahil bg mereka utk jd operator telefon, atau bekerja sebagai custumor service, mahupun promoter di JAYA JUSCO.


       Sebagai insan yg dilahirkan sempurna, bersyukurla dgn segala nikmat yg diberi, ingat kpd mereka yg ssh, krana hidup ni mcm roda, kdg2 kt atas dan ada masa kt bawah.. tp aku rs yg aku ni sentiasa kt bawah.. tp aku bersyukur dgn apa yg aku ada.. aku ada family yg sayang kt aku, ak ada kawan yg ada ngn aku time aku boring2 dan aku ada duit utk enjoy... 

      seperti yg aBah slalu cakap, "jangan bandingkan diri kita ngn orang yg senang, tp cuba bandingkan diri kita ngn orang g lg susah, insyaallah kita akan bersyukur"...ada masa nya juga aku riak ngn apa yg aku ada, myb sebab ada ada sifat dendam... tp arap sifat tu di jauhi  dari aku.... 

***** bekerja lah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lg dan beribadat lah kamu seperti kamu akan mati esok hari********

Jumaat, 8 Julai 2011

Its My Way

         melihat budak yg memegang raket yg putus talinya, dia kelihatan sedih, mybe kerana Pendidikan Jasmani di sekolah, semua pelajar hendak lah membawa raket.. dgn raket yg putus tali nya, dia berasa sugul, perlu ke membawa nya ke sekolah, kalu x bawa, cikgu marah, kalu bawa nnt kawan2 gelak kan.. bukan semua orang bernasib baik dalam hidup, sebab tu hidup ni ibarat roda, tp bg budak2 yg berumur 7 tahun, yg belum mengenali erti kehidupan, ssh baginya terima kenyataan apabila di ejek rakan2..


        kehidupan yg sebegitu yg pernah di lalui, rs nya aku paham yg budak tu fikirkan. rasa nya amat perit apabila diejek rakan2 kerana rambut kerinting, baju agak besar dan..... aku pun xingat... myb sebab ku x secomel budak lain.. tp ku tahu betapa perit nya diejek.. rasa macam nk bunuh org je rasa nya. tp apakan daya, aku hanya budak kecil yg xmampu berbuat apa2 apabila diejek. tapi itu cerita lama, 15 tahun yang lepas.

       aku yg sekarang ni bukan nya seperti 10 - 15 tahun dahulu. tp prasaan itu xpernah hilang.. tp kalu ko ejek aku, lebam la mata ko... ada aku peduli... manusia diciptakan dgn pelbagai sifat, baik, jahat, iri hati, sombong, dendam, dan byk lagi... dan sifat aku, dendam.. dendam yg aku simpan dari darjah 1 smpai tingk. 5  x pernah hilang...

      macam mana aku kene ejek, kene buli, di pinggirkan, di panggil nerd, dan dianggap loser, aku xpernah lupa, dengan dendam tu, aku mulakan semangat baru utk berjaya.. so kalu aku jmp org yg penah buli aku dulu, aku nk tgk, skrg ni brani lagi x dia nk buli aku...

      kesusahan masa kecil tu betul2 mengajar aku erti hidup, yang mana kita xkan dapat tanpa usaha, hanya menunggu tuah, kita xkan maju...tp tu la, hidup ni kadang2 byk yg tersirat, ada org yg xpernah rasa ssh dari kecil smpai besar dan ada juga yg rasa ssh dari kecil sampai besar.. tp kita x boleh salahkan takdir kerana dunia ni hanya jambatan untuk ke sana... apa yg kita dpt arini hanya lah pnjaman dari Maha Pencipta.. so kita cuba renungkan, kenapa kita dilimpahi nikmat dan kenapa kita ditimpa kesusahan?

Khamis, 7 Julai 2011

Are We Deserve To Get Second Chance?

Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu cuba menjernihkan
Pertelingkahan antara kita berdua
Kau hilang dan terus membisu beginikah cara kau menghukum aku
Atas kesilapanku menduakan dirimu
Maafkan aku


 layak ke kita mendapat peluang kedua? kalu salah dgn tuhan, kita boleh minta maaf ngn tuhan, sbb tuhan maha pemurah dan maha mengasihani..... menagampuni.. dan bagaimana pula dengan sesama manusia? adakah kite masih diberi peluang itu?... sume nye bergantung pada individu itu sendiri.. ini disebabkan kite memang dilahirkan untuk bersifat ego. tahu kenapa? ego itu adalah sifat yang mesti ada pada setiap orang, mahupon dia sedar atau pon tidak.. kadang2 kite tidak sedar pon yang sebenarnhye tingkah laku kite tu adalah tidak disenagi orang.. orang bole menilai kite dari luar. tetapi hakikat nye ape yang dinilai tu sume nye munkin tidak betul dan jauh disangkal.. so bercakap pasal peluang kedua ini, kalo diberi peluang semua ingin kan nye.. jika kite kait kan nye didalam percintaan, peluag kedua itu harus digunakan dengan sebaik munkin... buktikan yang kesalahan lampau mampu dibaiki..tp berpeluang kah kite mendapat kan nye? jawapan nye cume takdir sahaja yang menentukan..

Cube kite lihat gambar disebalh ini, kalo diberi peluang kedua.. mesti la pokok ini akan gembira, dimana ia diberi peluang untuk hidup dengan lebeh sihat.. tetapi lain pulak pada manusia betul x..? manusia berbeza.. kerana kite mempunyai hati dan perasaan, lain dari spesis yang lain.. kite ade, perasaan sayang,benci,suke,duke,kenangan pahit, manis.. pelbagai lagi.. dari situ kite da dapat nyatakan yang manusia ni x dapat lari dari membuat kesilapan.. patut kah kite dihukum dengan kesalahan itu, even tuhan pon memaafkan hamba nye yang betul2 bertaubat.. ini kan kite sesama  manusia.. apakah kah kuasa kite untuk menghukum manusia sesama manusia..? renungkan..

kite harus diberi peluang kedua, jika!!! harus saya nyatakan jika disitu, kerana ia tidak datang bergolek.. sama ada kite usaha atau pon memang da di takdir kan.. itu sume dah termaktub dalam diary riwayat hidup kite.. sungguh pun sangat perit untuk memberi atau membuka peluang itu, tetapi jauh dari sudut hati kite sangat menunggu dan terus menunggu( bagi yang betul setia) >>> bagi x setia itu bole terjun lombong..

dan akhir sekali, tujuan message ini disampai kan, hanye untuk berkongsi, apakah itu perasaan bile kite megharap sesuatu yang tibe2 bertukar menjadi sebalik nye, dan kalo bole terus mengharap, sesuatu yang belum tentu menjadi milik kite yang kekal; wassalam.. yang benar (Ed-ward)

Ahad, 3 Julai 2011

Faham Sejarah

     tiba2 Malaysia di gemparkan dgn Fahaman Komunis. kenapa tetiba je muncul? kenapa ya?? Apa tu fahaman komunis? komunis ni sapa yg bg gelaran? komunis kt malaysia sm ke ngn komunis kt china ngn rusia? aku rs xsama, sbb pemimpin kita ada hubungan diplomatik ngn negara2 tu, mkna nya, komunis dorang ngn komunis kita xsama...
   
     di malaysia, nama komunis atau Bintang Tiga kedengaran selepas tanah melayu jatuh ke tangan jepun. masa tu, baru kita tau yg tanah elayu ni ada pasukan gempur yg lain... spa? Komunis a.k.a Bintang Tiga.. dengan bantuan komunis, British berjaya mengalah kan jepun atau dgn kata lain, menjajah semula tanah melayu.....

     tapi, kenapa selepas tu British memerangi Komunis? sedangkan British berjaya pn sbb komunis? Jika kita membaca buku2 sejarah, komunis ni mengganas dan ingin menjajah tanah melayu selepas jepun kalah,, betul ke? atau mereka marah kerana usaha mereka membantu british tidak dihargai? yang pasti, kita xsure, sbb kita cuma membaca buku sejarah...."its just a text"..

     pada pendapat aku pulak, komunis ni asal nya pekerja2 lombong bijih timah british, tetapi apabila tanah melayu jatuh ke tgn Jepun, lombong bijih timah x beroperasi, ditambah pula dengan kebencian masyarakat cina ketika itu terhadap jepn amat menebal, kerana sblm menjajah tanah melayu, jepun telah menjajah tanah besar china. so dgn rs dendam, masyarakat cina ketika itu bersetuju bekerjasama dgn british menentang jepun..

    seperti dalam buku sejarah, dlm masa 3 tahun stgh, jepun kalah, dan british kembali berkuasa... penduduk tanah melayu pula kembali gembira apabila dijajah oleh british... bagaimana dgn Bintang Tiga?? mereka diminta menyerahkan senjata dan kembali ke lombong..."ohh, if i were them, xkan aku nk keje lombong balik, at least serap la aku jd askar"... so, jika difikirkan balik, kenapa Bintang Tiga mengganas?

    kembali kpd fahaman komunis, pe sbnr nya fahaman komunis? kalu mengikut fahaman Karl Marx, fahaman komunis ni adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya...

     makna nya, xd orang senang dan susah, suma sama rata, xd penindasan, xd penyelewengan... ada juga yg berkata, Fahaman Komunis ni xpercaya kpd tuhan.. so kalu kita releted kan ngn isu semasa, sesuai x kata fahaman komunis ni nk di hidupkan, cuma ada pihak yg mahu org susah dpt pembelaan dan org yg byk seleweng2 ni ni dpt balasan.ni pn di kira fahaman komunis jgk ke??

***jangan baca secarah, tp fahamkan sejarah.xkan kita nk kata Dol Said menyerah kpd british sbb nk dpt kan pencen, tp dia menyerah sbb xnk tgk rakyat Naning tekorban***
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ni pndapat aku~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~