melihat budak yg memegang raket yg putus talinya, dia kelihatan sedih, mybe kerana Pendidikan Jasmani di sekolah, semua pelajar hendak lah membawa raket.. dgn raket yg putus tali nya, dia berasa sugul, perlu ke membawa nya ke sekolah, kalu x bawa, cikgu marah, kalu bawa nnt kawan2 gelak kan.. bukan semua orang bernasib baik dalam hidup, sebab tu hidup ni ibarat roda, tp bg budak2 yg berumur 7 tahun, yg belum mengenali erti kehidupan, ssh baginya terima kenyataan apabila di ejek rakan2..
kehidupan yg sebegitu yg pernah di lalui, rs nya aku paham yg budak tu fikirkan. rasa nya amat perit apabila diejek rakan2 kerana rambut kerinting, baju agak besar dan..... aku pun xingat... myb sebab ku x secomel budak lain.. tp ku tahu betapa perit nya diejek.. rasa macam nk bunuh org je rasa nya. tp apakan daya, aku hanya budak kecil yg xmampu berbuat apa2 apabila diejek. tapi itu cerita lama, 15 tahun yang lepas.
aku yg sekarang ni bukan nya seperti 10 - 15 tahun dahulu. tp prasaan itu xpernah hilang.. tp kalu ko ejek aku, lebam la mata ko... ada aku peduli... manusia diciptakan dgn pelbagai sifat, baik, jahat, iri hati, sombong, dendam, dan byk lagi... dan sifat aku, dendam.. dendam yg aku simpan dari darjah 1 smpai tingk. 5 x pernah hilang...
macam mana aku kene ejek, kene buli, di pinggirkan, di panggil nerd, dan dianggap loser, aku xpernah lupa, dengan dendam tu, aku mulakan semangat baru utk berjaya.. so kalu aku jmp org yg penah buli aku dulu, aku nk tgk, skrg ni brani lagi x dia nk buli aku...
kesusahan masa kecil tu betul2 mengajar aku erti hidup, yang mana kita xkan dapat tanpa usaha, hanya menunggu tuah, kita xkan maju...tp tu la, hidup ni kadang2 byk yg tersirat, ada org yg xpernah rasa ssh dari kecil smpai besar dan ada juga yg rasa ssh dari kecil sampai besar.. tp kita x boleh salahkan takdir kerana dunia ni hanya jambatan untuk ke sana... apa yg kita dpt arini hanya lah pnjaman dari Maha Pencipta.. so kita cuba renungkan, kenapa kita dilimpahi nikmat dan kenapa kita ditimpa kesusahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan