sejarah melayu membuktikan bhawa bangsa melayu ni adalah bgsa yg taat kpd raja. sepertimana yg kita lihat dalam lagenda Hang Tuah 5 bersaudara.ketaatan hang tuah mmg tiada tolak banding nya jika di bandingkan dgn sesiapa sahaja...
peristiwa di mana hang tuah telah difitnah dan dihukum bunuh oleh baginda merupakan impak yg sgt besar bg saudara2 nya, spt Jebat, kasturi, Lekir, dan Lekiu... maka terjadilah episod berdarah di bumi Melaka apabila Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah
Tapi dgn tidak semena2, Hang Tuah muncul, dtg dari dunia "Akhirat", membela Raja yg telah menghukum nya tanpa soal bicara, dan bertindak menghukum si penderhaka Jebat.... adakah Jebat derhaka? adakah kerana menuntut bela atas kematian saudara nya dia di 'cop' kan sbg penderhaka? kenapa semua penulis menganggap nya sbg derhaka sdg kan dia membela org yg teranaiya.
Adakah benar Jebat tu derhaka? atau seorang wira? jika kita bertanya kan pendapat mereka yg berumur 60an, atau mereka yg hidup di zaman tv hitam putih, mereka akn kata, Jebat tu derhaka kpd raja dan Tuah adalah wira kerana membela raja.. Tapi bagaimana pula jawapan yg kita terima jika tny kpd mereka yg berumur 20an atau mereka yg mula bermain PS3 di TV HD.. adakah jawapan nya sama? adakah mereka juga menganggap Hang Tuah ni wira?
***** tidak bermakna semua yg tertulis dalam kitab2 dan tulisan2 lama tu betul, ada baik kita mengkaji****
~~~tapi kitab lama yg kita wajib percaya adalah Kalamullah dan Rasullullah ~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan